Powered By Blogger

Friday 30 September 2011

Melancong 3H2M Universal Studio Singapore (Hari pertama)




Percaya atau tidak, kita tidak perlu pergi bersusah payah, terbang ke negara Jepun, ,Orlando, atau pun Hollywood untuk mengunjungi Universal Studio, kerana negara jiran kita, singapura dah pun mempunyainya.
Universal Studios Singapore Grand Opening
Pada 28 Mei 2011 yang lepas, secara rasminya ia dibuka, walaupun orang ramai telah pun mula mengunjunginya sejak tahun yang lepas.

kali ini kunjungan kami  sekeluarga ke sana turut dimeriahkan dengan 4 keluarga kawan-kawan rapatku. kami ini  dulu, pernah belajar di Sekolah Men Keb Ahmad Maher, kota bharu, kelantan. ketua rombongan, yang tidak lain tidak bukan - Doppit, telah pun membuat hebahan hampir kepada 12 keluarga utk sama-sama ke USS. tapi yang hanya 'confirm' dapat ke sana hanyalah 5 keluarga , iaitu Hafez Desa (doppit) , Ismail (mael), Azuri (Zuri), Nizam ( mat krom), dan pastinya, aku.

Kalau ikut perancangan awal, ada yang cadang bawak masuk kereta, ada yg nak tempah satu bas dari kl, terus masuk singapore. tapi memandangkan tak ramai yang boleh join dan kami berlima nie, berjiwa orang kaya, walapun duit tak sebanyak mana, so kami setuju ke singapore menaiki kapal terbang. manakala mat krom akan melintasi tambak johor dengan honda Streamz nyer....

( 1 Julai 2011, Jumaat) kali ini, aku & keluarga ambil penerbangan AirAsia dari Penang - Singapore. so, bolehlah aku park kereta kat umah mertua. Flight AirAsia, AK5801 ke Singapore , pukul 9.35pg. seawal jam 7.30pg, kami dah pun berada di airport antarabangsa penang.  lepas check-in beg di kaunter airasia, kami breakfeast kat McDonald.

 




















Fawwaz dan Farhat tidur keletihan dalam kekenyangan....  , maklumlah, pagi tadi excited bangun awal..untuk ke airport !!



   Setibanya di lapangan terbang changi.... sebelum melalui pemeriksaan imigresen singapore


      Doppit telah arrange tour package ini menggunakan travel agent di kl. so, arrangement di singapore juga telah diatur... setiba kami di Changi Airport, kami telah dijemput oleh wakil travel agent di pintu ketibaan. untuk ke hotel, kami akan menaiki bas.  boleh bayangkan, dengan kami yang hanya 4 keluarga dijemput menggunakan bas ini... puyoo... memang mewah !! tapi  fikir 2-3 kali, untuk sewa bas di singapore, terlalu mahal..... ! tak berbaloi tul...huhu... pastu plak, travel agent diaorang nie memang 'straight'. kalau dia kata, 'airport transfer to hotel', jangan mengada-gada nak mintak singgah mana2 sebelum sampai ke hotel. memang kena add 'extra charge'. takde harapan lah nak stop lunch kat mana2 restaurant.

Dari airport ke hotel penginapan kami ini, hanya mengambil masa sekitar 25 minit. disebabkan kami tiba awal, sekitar 12.15tgh,  daftar masuk ke hotel masih tidak dibenarkan. Hotel ini juga adalah hotel yang dicadangkan  travel agent di kuala lumpur, dengan mengambilkira "permintaan kami yang mahukan hotel yang berdekatan dengan tempat makan orang Islam. Hotel Fragrance boleh dikelaskan sebagai hotel kelas 1-2 bintang, mempunyai hampir 20 cawangan hotel di seluruh Singapore. kalau di Malaysia, samalah dengan Hotel Seri Malaysia. Hotel kami ini terletak di Geylang Road. kalau kau orang tanye, bagus ke hotel nie, secara penuh ikhlas tidak bermadah, aku LANGSUNG TIDAK MENCADANGKAN  HOTEL INI. kenapa? nanti ku citer kemudiaan eek...hehe..sabar2
Aku berterima kasih kepada shawn (haryani omar) , kawan lamaku semasa belajar di UKM,  sekarang nie dia bekerja di Unit Audiologi, Kandang Kerbau Hospital (KKH),Singapore.  untuk lunch, kami akan bergerak ke Geylang Serai. tempat ini terkenal dengan pasar basah dan tempat makan muslim. untuk ke sana, kami meminta bantuan receptionist menelefon taxi untuk ke sana. so, kami berkonvoi dalam 4 buah teksi.

                           masing-masing tak sabar, menunggu order makanan sampai.

               balik dari lunch, sekitar jam 2.20 ptg, suma dah tak sabar-sabar nak check-in bilik & rehat.....
   petugas dikaunter hotel ini, pastinya bukan orang local, tetapi warganegara Philipina. boleh dikatakan ramai orang Pilipina memilih singapore, sebagai tepat bekerja, kerana upah gajinya yang agak lumayan. tapi satu mende yng aku perasan dengan 2 orang petugas di kaunter ini, adalah mereka tidak menunjukkan kemesraan & senyuman. Seolah-olah ,orang Malaysia ini 'low standard tourist' ... jawab soalan, acuh tak acuh jer.... kalau hotel ini datuk aku yang punyer, dah lamalah aku hantar balik negara dier...huhuhu... so, sementara menunggu waktu makan malam, semua setuju utk berhibernasi di bilik masing2.


Sebelah malamnya, kami keluar jalan2 disekitar Mustafa Centre. tempat ini ala-ala Mydin Hypermarket di Malaysia. bagi aku,  takdeapapun yang menarik/luar biasa  untuk dibeli.... mujurlah ada jugak kedai menjual cenderamata , $10 SGD utk 3 barang. 


satu yang boleh puji tentang perkhidmatan teksi di singapore adalah mereka hanya menggunakan meter untuk kadar tambang. tak sebagaimana di kuala lumpur. suka2 hati jer pemandu teksi nak letak harga.. pastu pulak, permintaan teksi dari satu destinasi ke satu destinasi, memang tinggi. sehinggakan, kami terpaksa menunggu & beratur hampir 30 minit untak mendapatkan teksi. sebab itulah sapa-sapa yang jadi pemandu teksi di singapore, kiranya boleh hiduplah... tapi kat singapore pun ada teksi/van sapu. mujurlah dari mustafa centre, kami diapproach oleh seorang pemandu van, yang menawarkan van untuk hantar kami pulang ke hotel. so, keempat-empat keluarga leh naik satu van. murah pun murah... hehe..