Powered By Blogger

Tuesday 11 October 2011

Universal Studio Singapore ( Hari ke-2 dan 3 di Singapore)

2/7/2011, hari ke-2 di Singapore. seawal jam 8.5 pagi, van (mini bus) untuk membawa kami ke Universal Studio Singapore (USS) dah pun terpacak di depan hotel penginapan kami....Jarak dari hotel ke USS tidaklah terlalu jauh. hanya memakan masa dalam 15 minit.

kami sekeluarga berbekalkan roti dan air mineral untuk sarapan pagi, memandangkan sarapan pagi tidak disediakan di hotel ini. lagipun menurut tourist guard, kami boleh makan semasa di USS nanti...

kenderaan yang masuk ke USS akan masuk ke dalam parking basement. dari basement, kami menaiki eskelator untuk menuju ke bahagian depan USS



                                         sempat bergambar bersama keluarga di depan 'trade mark' utama USS



fawwaz dan farhat beria-ia mintak ibunya belikan baju alex Madagasgar.... hehe
                             kung fu panda bergambar....


Makanan Halal Dalam USS ???
Diantara pendekatan yang universal dan turut mengambilkira pengunjung yang beragama Islam, pihak USS menyediakan  kedai-kedai makanan segera, medan selera yang turut menyediakan menu halal. diantaranya adalah  Friar's Good Food dan Oasis Spice Cafe

 kalau dah masuk dalam USS nie, janganlah dok berkira2 nak cari makanan yang murah yaa,coz segala2nya mahal... . kalau nak berjimat, bawak makanan dari hotel lagilah.... tul tak ? hehe...








untuk aku ceritakan tentang apa yang ada di dalam USS nie, kau orang boleh jer click kat link yang aku bagi nie..http://www.rwsentosa.com/Attractions/UniversalStudiosSingapore  letih jugak nak citer satu persatu. apapun, untuk habiskan semua permainan & mengunjungi semua studio dalam USS nie, aku kira agak semput jugak untuk dihabiskan dalam tempoh sehari suntuk. apatah lagi , sekiranya anda membawa anak-anak kecil.....



Untuk setiap permainan dalam USS, masing2 kena sabar beratur.. cuba bayangkan kami sekeluarga kena beratur hampir 1 jam 10 minit untuk hanya menaiki keretapi mini. rata-rata, untuk berada dalam barisan, 30 minit ke atas perlu kita habiskan...sebelum main apa-apa permainan. nasihat saya adalah, pejam mata dan tambahlah duit untuk dapatkan express pass. sebab dengan adanya pass nie, kita tak perlu beratur macam orang lain. terus potong barisan... hehe


i
Tempat sembahyang di dalam USS?

Sehari suntuk dalam USS, rasa sekejap jer. tengok2 jam dah 5.30 ptg. wife tanye; "abang, sempat ke balik sembahyang jamak & qasar kat hotel? " aku terdiam seketika... " baik selesaikan terus. takdelah terkejar2 nanti. lagi pun tourist guard tu pesan tadi, yang dia mintak kita orang tunggu depan entrance dalam jam 6.30 petang. memang tak sempat nak sembahyang kat hotel.

kami terus menuju ke bahagian depan pintu masuk USS, yang mana terdapat satu office untuk tertera "Annual Pass".

Di dalam office inilah disediakan satu bilik untuk digunakan sebagai tempat sembahyang. apa yang boleh ku katakan adalah, kemudahan bilik yang disediakan masih belum sempurna. cuba bayangkan , bilik yang hanya berukuran  10' x 25' perlu memuatkan jemaah lelaki  dan juga  perempuan, . lelaki hanya boleh menunaikan dalam 2 shaf berjumlah 4 orang, manakala jemaah perempuan, seramai 5 orang. tiada tirai antara lelaki & perempuan. pintu masuk satu, di hadapan. maka ia sedikit sebanyak menganggu mereka yang sedang sembahyang. untuk berwuduk pula, kami terpaksa ke tandas yang jaraknya hampir seperlaung. botol air terpaksa disediakan untuk  membasuh kaki. isteriku berkata, dia dan beberapa orang indonesia dimarah oleh pencuci tandas kerana membasahkan lantai di dalamnya. dah tu nak buat macamana.... ? sepatutnya pihak USS lebih sensitif terhadap hal ini. kerana rata2, pengunjung beragama Islam dari Malaysia, Indonesia, Brunei & Thailand juga datang ke sini. tidak terkecuali mat2 arab.
 


 ku bergilir2 solat dengan isteriku. selesai sahaja, terus kami keluar dari USS dan lepak-lepak di perkarangan luar USS sambil menunggu rakan-rakan lain.
                           mukaku yang dah kepenatan......farhat tersengih tu coz rasa fresh lepas     
                                                    bangun dari tidur


                              sedang menunggu van untuk pulang ke hotel
   malamnya, aku sekeluarga berjalan kaki ke sebuah kedai mamak , berhampiran hotel, untuk makan malam. lepas makan...masing2 dah kepenatan....terus tidur....


HARI KE-3 (HARI TERAKHIR)


3/7/2011, hari ke-3 dan terakhir di Singapore....beg-beg dah ku siapkan seawal jam 7 lagi. actually, takde mende sangat utk dipacking. bukan dtg utk shopping pun. lainlah kalau pegi bandung, padang ke... sampai kena beli extra beg untuk isi kain baju..hehe...



 

   sekali lagi, kami semua bergerak ke changi airport menaiki bas. penerbangan kawan2ku yang lain terus ke KL, manakala, ku sekeluarga ke Penang.





secara keseluruhannya, nak kata seronok tu, takdelah seronok sangat pegi singapore nie. tapi yang paling best, bila boleh bawak wife & anak2 jalan2 kat USS... lagipun fawwaz dah lama nak naik kapal terbang. secara jujurnya, aku nak berkongsi beberapa tips, kalau nak ke USS, Singapore.

1. jangan menginap di Singapore. baik duduk di hotel di sekitar Johor. dari johor, baru masuk ke singapore. Dengan nilai  RM200 semalaman di Johor, anda boleh dapat bilik hotel yang besar & sarapan pagi.

2. jangan menginap di hotel di sekitar Geylang. kerana kawasan ini adalah kawasan pelacuran terbesar di Singapore. cuba bayangkan, sekitar jam 6 ptg, sudah kelihatan tubuh-tubuh mongel, wanita berpakaian seksi, warga philipina & thailand yang tidak segan silu menyapa laki2 yang lalu lalang di hadapan hotel.

3.tak perlulah guna travel agent untuk ke USS. charge yang dikenakan cukup mahal..