
Pastinya, suratkhabar yang menjadi pilihan utamaku dari dulu, Berita Harian, ataupun Harian Metro(HM). Utusan Malaysia(UM) ? hehe...dah lama tinggal baca UM nie.... faham2 jer lah kenapa aku tak dah beli...
Hari ini, 4/6/2011 (Jumaat), hari cuti hujung mingguku. Aku membeli HM. sambil membelek dari muka 1 hingga ke muka seterusnya... menjejak berita sensasi.....
tiba..tiba, aku ternampak satu iklan yang cukup ku kenal syarikatnya, bossnya, pekerjanya... dan ku mula membaca ayat iklannya.... Ya Allah ! Bahasa melayu ke apa nie?... dari ayat utamanya sehingga pengakhirannya... tatabahasa melayunya SALAH !!! aku tertanya dalam hati.... dia orang nie tak mintak ke mana-mana pekerja Melayu/ orang yang terror bahasa melayu, terjemahkan bahasa inggeris - b.melayu.??? yang aku tahu, ada satu perisian percuma yang boleh terjemahkan bahasa inggeris kepada bahasa melayu, dan sebaliknya. tapi kena ingat, apa yang diterjemahkan adalah setiap perkataan, bukan susunan ayat. contoh : "100% invisible hearing aid - 100% tidak kelihatan alat pendengaran". apa yang tidak kena ? terjemahan betulkan...cuma yang salah susunan ayat...
Mungkin niat mereka utk mempromosikan alat mereka di dalam akhbar, sesuatu yang menjadi kebiasaan dalam strategi pemasaran mana-mana syarikat. tapi, janganlah sampai konsep 1Malaysia disalahertikan. ayat melayu lintang pukang... aku berharap, syarikat mana-mana pun perlu berhati-hati dalam apa2 juga penerbitan. jangan sekadar melepaskan batuk ditangga. kalau boleh keluar duit ribu-ribu untuk bayaran pengiklanan, apa salahnya bayar seorang yang pakar bahasa untuk terjemahkannya. kalau susah sangat, aku pun boleh.... aku caj murah-murah aje.... hehe...
No comments:
Post a Comment