
aku dan isteriku juga pernah mengalami keadaan ini, ketika itu , kami membawa anak sulung kami, Fawwaz bercuti ke Bali, Indonesia pada tahun 2006. pada masa itu, fawwaz baru aje berumur 10 bulan. sepanjang berada di Bali, anakku tidak menunjukkan sebarang tanda demam/batuk..cuma hidungnya mula berair , akibat cuaca yang kadangkala panas/sejuk. Ketika dalam penerbangan pulang, dari Bali ke Kuala Lumpur, bayiku mengalami kesakitan pada telinga. dia meraung menangis tanpa henti-henti, sambil memegang telinganya. isteriku panik, dan turut menangis melihat keadaan bayiku pada masa itu....mujurlah akibat keletihan, anakku tertidur dengan sendiri....., apa sebenarnya berlaku ?? ayuh, kita tengok faktanya...
Kebiasaanya kesakitan telinga yang dialami oleh bayi/kanak-kanak adalah semasa kapal terbang berlepas naik dan juga sedang menurun untuk mendarat. Ini terjadi disebabkan berlaku perubahan tekanan udara dalam kabin kapal terbang....

soalan seterusnya, kenapa bayi/kanak-kanak mengalami kesakitan telinga apabila berlakunya perubahan tekanan udara dalam kabin? secara kebiasaanya, telinga kita secara automatik akan cuba mengubah tekanan udara di dalam ruang telinga tengan melalui salur eustachian, yang bersambung terus ke belakang hidung dan tekak. Semasa kapal terbang berlepas (takeoff) , menurun untuk mendarat(landing), anda akan merasa tekanan pada telinga, telinga menjadi ketat, dan anda akan menjadi kurang mendengar. ini boleh dibetulkan dengan cara menguap, menelan air liur, mengunyah gula-gula getah. ini secara tidak langsung membantu tiub eustachian terbuka dan menjadikan tekanan diluar dan dalam telinga adalah sama.
walaupun begitu, untuk bayi, tiub eustachian yang sempit dan sukar terbuka untuk menyamaratakan tekanan udara, akan menyebabkan kesakitan dan bayi anda pasti menangis....
Diantara cara terbaik untuk anda bantu bayi/anak anda sekiranya menghadapi situasi ini adalah dengan memberi bayi anda;
1. minum susu badan
2. minum air /susu daripada botol
3. hisap puting
kesemua keadaan ini akan merangsang tiub eustachian terbuka dan meyamakan tekanan udara.
jadi, pastikan anda membawa bekal susu di dalam penerbangan anda. usah bimbang pramugari akan membekalkan air panas percuma untuk penyediaan susu. tapi kalau boleh menyusu badan lagilah bagus... !! ready made !! untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas,, sediakan air kotak milo kecil, gula-gula, sekiranya keadaan ini berlaku...
semoga perkongsian ini memberi manfaat.... akhir kata, " sesiapapun boleh terbang"
shahrom..
Casino games in NJ - Dr.MCD
ReplyDeleteFind 하남 출장마사지 out where the best casino games 창원 출장안마 are & the 서산 출장샵 future 목포 출장안마 of 대전광역 출장안마 New Jersey's gambling to a land-based casino, or a riverboat, for example.