Powered By Blogger

Friday 10 June 2011

Melancong 4H3M ke Langkawi

Kali terakhir ku menjejakkan kaki ke pulau Langkawi adalah pada tahun 2008, sewaktu menghadiri Kongress ORL-Otology & Base Skull Surgery di Awana Porto Malai. pada masa tu, pergi sorang je... so, macam biasalah, kalau dah pegi sorang nie, tak banyak aktiviti shopping berlaku... cukup, 2 kotak cokelat Ferrero Rocher, 1 paket cokelat Daim...sebagai ole-ole utk di bawa pulang.

...Langkawi juga tidak akan padam dalam diari hidupku & isteri, kerana ia adalah destinasi pertama bulanmadu kami, setelah sah bergelar suami-isteri...aah..pada tahun 2005. pada masa itu, ku menginap di Hotel Langkasuka & Hotel Helang. kedua-dua hotel ini  berada berdekatan airport antarabangsa langkawi. patutlah harga hotelnya tidak mahal, sekitar RM130/malam, kerana, ia terletak agak jauh dari Pekan Kuah. apapun... biliknya cukup selesa....

Setelah merancang cuti dengan isteriku, akhirnya kami bersetuju untuk ke Langkawi pada 20 - 23 Mei 2011. kali ini, kami akan bertolak sehari awal dari Kota Bharu untuk singgah bermalam di kampung halaman isteriku, Kg Gerbang Buluh, Sg Ara, Penang. seperti biasalah, sebagai persediaan utk berjalan jauh nie, ku akan pastikan keretaku dlm keadaan yg cukup sempurna. sempat juga ku menjengah kedai tayar Goodyear Howa Hong, untuk menambah tekanan angin tayar. bukan angin biasa, tapi gas nitrogen.. oh ya.., mesti kau orang tertanya-tanya, apa kelebihannya mengisi gas dalam tayar kereta menggunakan nitrogen ?? haha...ok...di antara kelebihannya adalah :

                                                            1. Gas hidrogen lebih ringan. ini akan melambatkan kehausan bunga tayar, hampir 25%. 2. molekul gas ini berbeda dengan molekul angin biasa. so, kadar angin yg keluar dari tayar rendah. so, lambatlah perlu kita top-up angin semula. 3. petrol akan jimat 5% dan pengendalian stering akan lebih mudah & ringan.    kalau di negara jiran kita, Thailand, boleh di katakan kebanyakan stesen minyak mereka, disediakan kemudahan pam angin nitrogen percuma.... hebat2....!!! so, saya yang nak guna gas nitrogen ini, kenalah bayar sekali sahaja RM5 untuk setiap bijik tayar. lain kali, kalau datang nak tambah angin tu, free jerlah..... :)

19/5/2011 ( Khamis)

Sekitar jam 8.30pagi, kami sekeluarga sudah bersedia untuk bertolak. Jiran di hadapan rumahku, dengan ramahnya, mengucapkan selamat jalan sambil menghulurkan  1 botol. "minyak apa ini?" tanyaku kehairanan. sambil jiranku tersenyum, dia berkata, ini minyak aditif utk merawat minyak silinder kereta. semacam iklan castrol magnetic tu....  trylah... nanti citer ada bezakan performance kereta selepas isi minyak nie.... so, aku terus bukakkan bonet enjin, dan menuangkan minyak ini....




Berhenti seketika di Jeti Awam, Pulau Banding...

setiba di Grik, menikmati makan tengahari di Restoren Kari Kepala Ikan Salim. banyak pilihan makanan di sini.... terutamanya masa lunch...

menyeberang jambatan ke Pulau Pinang...


20/5/2011 (Jumaat)

selepas siap bersarapan pagi dengan sekeping roti canai telur , sebungkus nasi lemak & secawan old Town White coffe kami mula bertolak ke Kuala Perlis, sekitar jam 9.00 pagi.  Insyallah , jangkaan perjalanan ini mengambil masa sekitar 2jam 

Bayaran Tol Sg Dua, Penang hingga susur keluar Tol Alor Setar adalah sebanyak RM11.40.  (guna Touch N GO lagi cepatkan...)aku sungguh teruja dengan pemanduan kereta Chery Easterku ini. keadaan trafik yang tidak lerlalu sibuk, membolehkan ku menggunakan auto-cruise pada kelajuan 110km/jam. bolehlah aku melepaskan lenguh kakiku yang tak henti-henti menekan pedal minyak...hehe

Akhirnya sekitar jam 10.50pagi, kami tiba di Jeti Kuala Perlis. Oleh kerana Feri yang akan berlepas ke Langkawi akan bertolak sekitar jam 11pg, ku mengambil keputusan untuk mengambil feri yang berikutnya, dalam jam 12.30tgh. tak nak lah aku dan keluarga terkejar-kejar. Bayaran Parkir berbumbung di sini adalah RM10/sehari

tiket sehala Kuala Perlis - Langkawi ( dewasa) - RM18, RM13 (kanak-kanak). jumlah yang ku kena bayar adalah 2 x RM18(dewasa) = RM36 + 2 x RM13(kanak) = RM52
        gambar  di atas adalah suasana dalam terminal ruang menunggu Jeti k.Perlis. Agak selesa, dan   mempunyai kemudahan tandas yang bersih...
   isteri dan 2 orang anak-anakku yang tak sabar-sabar nak tiba di langawi

   Feri yang kami naiki dari K.Perlis - Langkawi,

   oleh kerana perjalananku adalah pada hari Jumaat, dan bukan dalam musim cuti sekolah, feri yang kami naiki tidak penuh dgn penumpang. banyak kerusi kosong..... siap boleh pilih nak duduk kat mana. kalau kau orang nak enjoy, tgk laut, masa beli tiket tu, beritahu awal-awal, nak seat tepi tingkap...tempoh perjalanan selama 45 minit tidaklah terasa sangat, sebab sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan tayangan movie - Damping Malam.... (citer hantu)...hehe...

sebaik aja keluar dari pintu ketibaan, aku terus disapa oleh beberapa orang petugas kaunter perlancongan, yang menawarkan perkhidmatan sewa kereta. aku terus mengikut salah seorang petugas itu ke kaunter mereka, yang terletak di belakang KFC.




   Setelah proses tawar-menawar antara aku dan abang sukhri, aku bersetuju untuk meyewa kereta nissan sentra, dengan bayaran sewa RM80/sehari. jumlah yang perlu ku bayar untuk 3 hari adalah RM240 + RM50(deposit ). kondisi kereta yang ku sewa boleh dikatakan, secara keseluruhannya, ok. yang paling penting , aircondnyer sejuk... tul tak.... kalau nak dikira, ini adalah kali pertama ku memandu kereta nissan sentra. eem..boleh tahan gaks.... setelah mengisi minyak RM40, kami terus menuju ke hotel yang telah kami tempah awal-awal lagi iaitu hotel Holiday Villa Beach & Resort Spa, di Pantai Tengah. tempoh pemanduan dari jeti pekan Kuah ke hotel sekitar 30 minit...



     permandangan di sekitar lobi hotel penginapan kami, Holiday Villa Beach & resort Spa....

anak-anakku, fawwaz dan farhat tidak sabar-sabar untuk mandi  & bermain pantai. lepas menyempurnakan solat Jamak & qasar , kami sekeluarga terus ke tepi pantai, untuk mandi....
                                 permandangan beberapa buah pulau dari tepi pantai resort kami...




     di antara tip-tip yang boleh aku cadangkan untuk anda :

1. Elakkan berkunjung ke Langkawi semasa cuti sekolah/umum. bukannyer apa, time nie, semuanya mahal, hotel, sewa kereta, makanan.. berkali2 ganda bezanya ( kenyataan ini, daripada orang Langkawi sendiri).

2.  Sekiranya anda menggunakan Jeti Kuala Perlis, jangan sesekali menyetujui/ membayar deposit mana-mana harga pakej island hopping, sewa kereta di Langkawi, hotel dan sebagainya, biasanya mereka yang 'approcah' anda ini  adalah 'runner' bagi kaunter tiket feri, ataupun 'runner' tempat letak kereta. contohnya, anda dah bayar dulu deposit utk sewa kereta proton saga di sana. dijanjinya kereta yang bagus & gear automatik. tetapi bila di sana, kereta yang ada hanyalah proton saga lama menggunakan gear manual. tidak dapat tidak, hentam saja...huhu... (teringat plak lagu tipah tertipu...)

3. Setibanya anda di Jeti Kuah, anda boleh terus ke kaunter-kaunter yang menyediakan perkhidmatan sewa kereta, pakej-pakej yang  lain, yang terletak di belakang KFC. Kadang-kadang, keluar aje dari pintu ketibaan, petugas-petugas kaunter ini dah siap menunggu anda. anda boleh tawar menawar, dan melihat dahulu kenderaan yang anda ingin sewa. puas hati, baru bayar. jangan lupa, tanye pasal permit kereta. sebab kat langkawi nie, banyak roadblock JPJ dan Polis..

4. Kereta yang anda sewa, kebiasaanya meter minyak dah nyala kuning, so, jangan lupa isi minyak dulu. tapi, janganlah isi banyak sgt. RM30 dah cukup untuk pusing satu pulau...hehe...

5. sekiranya anda pegawai kerajaan, tempahlah hotel sendiri.  gunakan ID anda. kerana bezanya amat ketara. kalau tempahan biasa, utk bilik deluxe, adalah RM280 tanpa sarapan. tapi bila dimaklumkan pegawai kerajaan, harganya hanya RM205 termasuk sarapan utk 2 orang... . kawan aku yang kerja agen pelancongan pun mengakui, yang rate utk goverment mengalahkan harga agen....!!!
 


21/6/2011 (sabtu)

 selepas sarapan pagi di hotel, destinasi pertama kami adalah Underwater World. ia terletak tidak jauh dari hotel kami, sekitar 8 minit perjalanan. memandangkan hari ini, adalah hujung minggu, so, tertera di pintu utama bangunannya, waktu lawatan pada hujung minggu dibuka seawal 9.30pagi. semasa ku tiba di sana, jam baru jer menunjukkan 9.15pg... kelihatan juga beberapa buah keluarga & pelancong asing yang sudah tidak-tidak sabar untuk membeli tiket. Harga tiket dewasa ( ada IC) adalah  RM28, manakala kanak-kanak (ada mykid) adalah RM18. kalau sapa-sapa bawak bibik indon , jawabnyer kena bayar  tiket RM38 untuknyer... hehe..




                                    ikan kat belakang tu macam nak "ngap" bini aku aje...hehe..

                     Langkawi nie...syurga cokelat.... sapa2 yg memang hantu cokelat.... jangan lepaskan peluang. cuma, kena perhatikan juga 'expired date'. kadang-kadang dia orang lelong cokelat yang dah nak abis tempoh...




     aku tidaklah kemaruk sgt nak memborong cokelat2 nie. sekadar mengambil syarat.... pastinya daim, ferrero rochel dan kinder bueno menjadi pilihan......

aku juga sempat mendaki ke puncak gunung raya, konon-kononnya, nak tgk panorama Langkawi, menerusi menara tinjaunya. tetapi kami terpaksa batalkan hajat, kerana keadaan berkabus yang amat sangat, menghalang kami utk menikmati panorama yang indah itu..... untuk naik ke menara peninjau itu, bayaran RM10 dikenakan kepada pengunjung...



    Tol di Langkawi? aah..betul, memang dulu, anda akan dikenakan tol RM0.50, untuk menaiki Gunung Raya menggunakan kereta.  sekarang nie, dah takde dah....semasa mendaki ke puncak gunung raya yang berketinggian 881 meter dari aras laut, kami melalui satu kawasan yang dinamakan Tangga Helang Seribu Kenangan. Ia telah siap dibina pada 28/2/2001, daan mempunyai sebanyak  4287 anak tangga, dengan ketinggian tertinggi di aras 787.7 meter dari aras laut. jarak perjalanan  bersamaan 3.1km. kalau anda bermula dari tangga ini turun ke tangga di bawah sekali (55.4 meter dari aras laut), masa yang diambil adalah selama 2 jam 15 minit.... macam mana...anda berani? hehe... ku? tak sanggup...

  kelihatan dari jauh, menara tinjau Gunung Raya....
 

     anakku sempat bergambar di salah sebuah kedai di Pantai Pasir Hitam....

    Keindahan pantai Tengkorak.... kami tak bawak baju mandi...ruginyer.....



22/5/2011 (Ahad)

hari ini, awal-awal lagi, wife aku cakap yang dia nak beli set Corell & perfume... so, yang aku tahu, kedai yang jual perfume murah, ada di pekan Kuah.. so, kami terus ke Pekan Kuah..... , sebelum tu kami singgah di Idaman Suri. aku cadangkan kepada isteriku, tak perlu beli dulu, just survey harga... sebab banyak lagi kedai yang boleh kami singgahi...



 akhirnya, wife aku jumpa set corell Sakura yang dicari2nya di kedai Hj Ismail Group.... apa lagi... terus beli


                                            isteriku sedang tekun memilih set corell, tema 'Sakura'....

 bagi sapa-sapa yang membeli perfume boleh berkunjung ke kedai World of Perfume (WOP) / Corte De Perfume. kedua-dua kedai ini berhadapan semasa sendiri di deretan kedai Pekan Kuah. sebelum ini, aku selalu membeli perfume di kedai WOP. tapi kali ini, aku dan isteri membeli 4 jenis perfume di kedai corte De Perfume, sebab harganya lagi murah !! jadi, ku mengesyorkan bagi sapa-sapa yang nak beli perfume berkunjunglah ke kedai ini....


     disebelah malamnya, kami dinner di restoren Jai, pekan kuah. cuba try chicken chopnyer.... best sgt...

     tip-tip berguna :

    1. untuk membeli cokelat, beg, kain, baju, perfume, eloklah cari di pekan kuah, sebabnya harga lebih
        murah, berbanding kedai-kedai di sekitar pantai cenang. al-maklumlah, arena cenang tu, tumpuan mat-
        mat salleh...

    2.  Harga perfume di airport ataupun di jeti Kuah, lagi mahal berbanding kedai perfume di pekan kuah.
         jangan tunggu last minute, baru nak borong kat jeti/airport... nanti menyesal.... hehe...

   


23/5/2011 (Isnin)


     


tiba masanya untuk ntuk pulang..... Alhamdulilah,....semasa melalui pemeriksaan kastam, barangan yang kami bawa tidak diperiksa apatah lagi dikenakan cukai, kerana tempoh menginap kami yang melebih 3 hari. daripada  hanya 1 beg yang dibawa, nampaknyer bertambah lagi 1 beg...hehe...
 
setibanya, di jeti kuala perlis, tak sah kiranyer kalau tak pekena laksa kuala perlis.... so, kami sekeluarga ke restoren berhadapan dengan jeti.... eem..memang best. siap tapau lagi 4 bungkus, bawak balik penang...

    kelihatan banyak gerai di tepi-tepi jalan menjual buah magga. eem..best gaks kalau beli nih... aku terus   memberhentikan kereta di salah satu gerai. terkejut gak aku bila penjual tu kata buah magga harum manis, sekilo RM16, jadi setelah ditimbang, aku dapat 3 bijik  dengan harga RM18..mahal nyer.... dalam hati aku, dia orang nie tak tahu yang mangga Mas Hitam di kelantan, lagi power isinya. RM10/3 kg....aje...


maka, tamatlah percutianku di Langkawi...., Insyallah.. panjang umur ku dan keluarga akan ke sana lagi...



4 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  2. wow besnyer shopping di langkawi...

    jom beli secara original reject perfume di www.aromaperfume2u.com...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Tq..sy mmg nk mencari perfume kt langkawi nnt..

    ReplyDelete